TANGGAL 13 Mac 2008, adalah satu permulaan perubahan landskap politik negara. Professor DiRaja Ungku Aziz melabelkannya bukan lagi sebagai lembaran baru tapi merupakan satu suku baru. Tahniah di atas pemikir-pemikir Negara yang terdahulu kerana telah meletakkan lunas-lunas dan asas-asas pentadbiran Negara dengan baik. Didalam ruangan yang ringkas ini saya ingin menyingkap sejenak tahap pendemokrasian Negara didalam Pilihanraya ke-12 ini. Ucapan tahniah kepada Barisan Nasional kerana mencapai kemenangan mudah. Ucapan sedemikian juga dihulurkan kepada parti-parti di luar Barisan Nasional yang mencapai kemenangan yang tidak kurang istimewanya. Tetapi kita rakyat Malaysia sewajarnya merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak PDRM yang berjaya mengawal keselamatan sebelum, semasa dan sepanjang tempoh pilihanraya dan seterusnya. Dengan keadaan keselamatan yang terjamin kita telah melihat suatu proses pilihanraya lalu berjalan dengan lancar dan teratur. Rakyat di seluruh Negara dapat menjalankan tanggungjawab dan hak mereka secara bebas dan tanpa rasa takut-takut justeru itu Pilihanraya yang ke-12 berjalan dengan baiknya melalui sistem demokrasi berparlimen dan yang terpenting rakyat di seluruh Negara sebenarnya telah meluahkan rasa hati dan meletakkan serta menentukan halatuju Negara dengan jelas.
PENDEWASAAN
Selain daripada Profesor Ungku Aziz, Perdana Menteri menerima keputusan rakyat dalam pilihanraya yang ke-12 itu dengan semangat yang tenang dan menyifatkannya sebagai suatu petanda kesuburan politik yang sihat dan demokrasi di Negara ini. Sungguhpun terdapatnya unsur-unsur konspirasi perlantikan dan pembentukan-pembentukan kerajaan negeri namun ianya hampir-hampir selesai. Tetapi apa yang lebih mempersonakan ialah semangat dan keterampilan personaliti yang dilakukan oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di pulau Pinang yang melakukan suatu tradisi pentadbiran yang telus, penuh hormat dan beradab. Ini jauh lebih baik daripada peristiwa yang melanda kepada kepimpinan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan pada suatu ketika dahulu. Cadangan memindahkan akta anti lompat menggelikan hati rakyat Sabah ialah merupakan isu lapuk. Jika ia akan dilakukan sekali lagi ia merupakan pendekatan yang 'double standard'.
INSTITUSI BARISAN NASIONAL
Institusi politik Barisan Nasional adalah satu gabungan permuafakatan politik yang berpaksikan dokongan parti-parti politik yang berlandaskan parti-parti perkauman seperti UMNO MCA, PBB, UPKO, PRS, dan selebihnya dianggotai oleh parti-parti berbilang kaum tetapi ia juga didokongi oleh suku-suku kaum tertentu. Misalnya PPP iaitu parti yang berteraskan berbilang kaum namum didominasikan oleh suku kaum India. SAPP, Gerakan, LDP dan SUPP juga merupakan parti berbilang kaum namun ia didominasikan oleh suku kaum Cina. PBS dan SPDP pula merupakan satu parti politik berbilang kaum tetapi ianya didokongi oleh suku kaum bumiputera iaitu Dusun Kadazan dan Dayak. Walau bagaimanapun gabungan ini merupakan satu permuafakatan ayng jelas dan teruji kewujudannya kerana ia merupakan satu kesinambungan suatu permuafakatan perikatan sejak dulu lagi. Itulah sejarah ringkas institusi politik BN. Yang signifikannya dalam politik ini ialah "permuafakatan politik yang longgar".Ikatan politik yang longgar dan konsensus ala BN Sabah "diandaikan suatu ikatan politik yang longgar ialah ia tidak mempunyai tarikh permesyuaratan yang tetap kerana mesyuaratnya hanya diadakan apabila ada sesuatu yaag baru hendak dijalankan ataupun sesuatu isu baru timbul yang memerlukan penyelesaian segera di dalam mesyuarat. BN jarang terdapat minit-minit mesyuarat yang dicatit maka tidak ada minit mesyuarat untuk disahkan mahupun dirujuk ataupun tindakan-tindakan susulan melalui mesyuarat ini. Mesyuarat BN begitu istimewa sekali sebab semua yang dibincangkan itu hanya dibukukan didalam fikiran dan hati pemimpin-pemimpin parti-parti komponen termasuklah parti terasnya iaitu UMNO. Justeru itu permesyuaratannya boleh disifatkan sebagai satu pertemuan dan paling tidak layak disifatkan sebagai satu perbincangan. biasa. Sistem ini amat mudah dan keperluan tubuh organisasinya ini diurus di peringkat pusat dengan kemas. Lebih daripada itu terdapat di kalangan beberapa buah negeri yang hanya mengadakan mesyuarat sekali dalam empat tahun khususnya apabila menjelang pilihanraya sahaja sekadar memperingatkan semua parti komponen untuk menyediakan jentera pilihanraya.
Biasanya apa yang sudah diputuskan oleh pemimpin UMNO didalam hati mereka maka itulah keputusan yang akan dizahirkan didalam mesyuarat BN, begitulah istimewa parti UMNO dan mustajabnya politik UMNO. Parti-parti komponen yang aktif dan lantang adalah MIC, MCA dan Gerakan. Kelantangan parti-parti ini ketara didalam isu-isu tertentu pada detik-detik tertentu adakalanya pertelingkahan sesama mereka akan berlalu. Parti sandaran "Big Brother"iaitu UMNO merasa gelihati melihat kelibat politik mereka begitupun apabila pucuk pimpinan UMNO membuat keputusan parti-parti komponen akan diam dan keesokannya kita akan melihat pemimpin parti-parti komponen masing-masing akan perlahan-perlahan sujud memperakukan keputusan yang diputuskan. Dan apa yang jelas ialah didalam isu-isu yang panas kepimpinan UMNO akan melihat, mendengar rentetan dan desakan serta cadangan daripada sayap kiri dan kanannya, Wanita, Pemuda dan Puteri tetapi jarang sekali keputusan kesepakatan parti parti komponeii. Mereka terpaksa merelakan sesuatu keputusan tanpa benar-benar membuat pendirian berpaksikan kepada perkara-perkara yang sebenar terbuku di hati masing-masing. Begitulah konsensus ala BN. Sebagai suatu contoh didalam perumusan manifesto sesuatu parti untuk menghadapi pilihanraya, parti-parti komponen tidak terlibat langsung untuk membuat perumusan tetapi pada lazimnya perkara ini sudah diputuskan dan disediakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan parti-parti komponen yang lain hanya wujud sebagai jurujual semasa pilihanraya. Mereka hanya memberi penjelasan dan jurujual negeri ataupun dikawasan masing-masing dengan hanya menyebut perkara-perkara yang didapati tepat dan sesuai, Di negeri Sarawak dan Sabah misalnya, manifesto merupakan satu slogan tetapi buat ketika ini stail dan sistem tersebut masih lagi mujarap. Kedua-dua negeri ini menghadapi pilihanraya tepandukan kepada dinamisme pemandu utama mereka iaitu Ketua Menteri masing-masing. Jikalau ketua Menterinya masih boleh membaca kelibat pemimpin-pemimpin komponen-komponennya maka kempennya efektif dan dituruti. Sungguhpun ia tidak disenangi tetapi masih meraihkan sokongan dan dokongan yang padu.
HAMBATAN SINDROM KEBISUAN DAN KESETIAAN YANG MEMBUTA
Pada detik dan waktu pilihanraya yang lalu penulis merasakan bahawa apa yang berlaku di kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak rakyat mereka sebenarnya tidak menjangkakan bahang kepanasan politik di kalangan rakyat di Semenanjung. Rakyat Sabah dihambat dengan sindrom kebisuan dan kesetiaan yang membuta bahawa BN di Semenanjung adalah kukuh dan padu. Perkara ini jelas terbukti apabila semua pemimpin-pemimpin BN di Sabah di sepanjang kempen pilihanraya yang lalu mengutarakan sesuatu yang menjelaskan kesepaduan rakyat terhadap BN dan 'track record' pentadbiran yang terbukti sejak Negara ini Merdeka. Tidak ramai pemimpin Sabah yang memikirkan secara serius ke atas komentar politik Tun Dr. Mahathir bekas PM Malaysia, ramai yang mempersoalkan dakwaan Tun Daim Zainuddin mengenai kerapuhan politik di beberapa buah negeri di Semenanjung masih ramai pemhnpin-pemimpin Sabah yang tidak begitu yakin dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai senario politik Malaysia khususnya BN. Cuma golongan generasi muda daripada semua kaum sedikit tergamam dengan kelibat kepimpinan muda yang begitu provokatif, sinis, serta keegoan Melayunya yang melulu yang mengatakan dengan hanya berpaksikan sokongan Melayu mereka akan dapat mendirikan kerajaan tanpa ada dokongan dari sokongan kaum-kaum lain. Disamping itu juga tidak ramai yang tergamak mempersoal dan membincangkan perlaksanaan DEB serta kaedah-kaedah perlaksanaannya yang jelas ialah rakyat dihambat dengan begitu kuat suatu sindrom kebisuan dan kesetiaan yang membuta. Namun kebisuan dan kesetiaan mereka ini mempunyai rahmat di sebaliknya. Rahmat sindrom tersebut lalah meletakkan kedua-dua negeri ini memboloti hampir semua kerusi parlimen di wilayah ini justeru menjadi sandaran dan tonggak kukuh BN ketika ini.
Sesungguhnya negeri Sarawak adalah satu negeri yang rekod BN teruji kecemerlangannya, setiap pilihanraya sejak dulu lagi hinggalah pada saat ini kesetiaannya belum ternoda, Sungguhpun penghargaan kepadanya tidak setimpal dengan sumbangannya dalam kata-kata lain kesetiaanya belum terusik. Negeri Sabah mungkin terlalu terpecah-belah dan belum Iagi mempunyai kesepakatan, ramai yang bertanya apakah kebisuan mereka ini merupakan kerelaan sejati ataupun ia merupakan satu fobia politik. Namun didalam pemerhatian saya generasi muda sudah memperlihatkan suatu 'political gesture' yang tidak menyenangi politik BN. Golongan muda sudah mula mengecam pemimpin-pemimpin yang bertaraf menteri apabila semberono mengeluarkan pandangan yang meremehkan sesuatu perkara yang serius yang dihadapi oleh negeri seperti isu PTI, keselamatan dan lain-lain.
KOMPROMI PARTI-PARTI PEMBANGKANG
Disebalik itu pula kompromi dikalangan parti-parti pembangkang khususnya DAP dan PKR pada pilihanraya yang ke-12 ini telah mencuba pendekatan politik yang menampakkan kelainan. Mustahil dimata BN tapi menjadi realiti di hati rakyat, PAS dengan kelslamannya, DAP dengan stail lamanya. PAS yang cenderung mengkhususkan kempennya dikawasan penduduk yang majoritinya beragama Islam. DAP menumpukan perhatiannya di kawasan perbandaran yang suku kaumnya adalah majoriti orang Cina. PKR pula satu parti berlandaskan 'multi racial' melangkaui keupayaan kedua-dua parti PAS dan DAP dan berjaya mencorakkan kompromi politik dan mewujudkan 'Electoral understanding’ iaitu satu lawan satu pada pilihanraya pada kali ini. Formula kompromi ini merobohkan benteng BN di 5 buah negeri. Bagaimanapun kompromi di Semenanjung meletup di bumi Sabah dan Sarawak dan ketiga-tiga parti ini bertanding sesama sendiri. Sekiranya ada kesepakatan maka didapati 6 sehingga 10 kawasan parlimen akan memihak kepada mereka. Ini jelas seperti kawasan yang ditandingi oleh Dr Christina Liew dan Dr Jeffrey tapi perkara seperti ini adalah lumrah didalam dunia politik. BN adalah satu pakatan politik yang jelas manakala PKR, DAP dan PAS mengadakan 'electoral understanding'.
Kedua-dua pendekatan ini mempunyai kekuatannya tersendiri. Maka didalam pilihanraya ke-13 nanti akan ramai yang membuat andaian dan pertanyaan mengenai formula-formula politik yang relevan dan dinamiki. Apapun, berpaksikan lanskap politik masa kini ia tentunya mendorong ramai pemerhati politik, pengundi-pengundi muda, pemimpin-pemimpin politik akan memulakan perbincangan dan mengatur perbincangan bermula daripada sekarang. Tidak hairanlah kedua-dua parti politik daripada Sabah dan Sarawak akan terus membuat perhitungan mengenai prestasi dan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri yang bukan ditadbir oleh BN. Apakah pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri ini lebih baik dan disenangi oleh rakyat. Sudah tentu orang-orang di Sabah faham bahawa ini tidak mudah diukur dalam masa setahun tapi biasanya boleh dibaca daripada gerak-geri rakyat dan riak suara negeri itu namun demikian rakyat Sabah mempunyai pengalaman tersendiri. Dalam masa 1095 hari dari rencana ini ditulis rakyat di seluruh Negara akan memperhatikan secara serius khususnya peminat politik dikalangan generasi muda jikalau didalam pemerhatian mereka. Kerajaan Negeri itu dapat bertahan tidak mustahil Sabah dan Sarawak akan mencaturkan percaturannya tersendiri. Percaturan itui tidak semestinya berlainan daripada sekarang setidak-tidaknya ia akan melihat apa perubahan yang dapat dilakukan bagi kedua-dua negeri ini. Di negeri ini cukup dengan keunikannya tersendiri. Pengalaman Sabah dalam BN sejak sedekad lebih yang lalu cukup mematangkan mereka. Sabah sudah merasai semua ini sama ada di dalam atau di luar.
SELERA POLITIK GENERASI MUDA
Elemen pengundi muda mempunyai aspirasinya berbeza, selera politiknya pun lain mereka akan terus akan memberi perbandingan didalam hal-hal pentadbiran, keadilan dan peluang-peluang lain. Kebiasannya generasi muda itu sama sahaja, mereka berani mencuba sesuatu yang belum teruji maka mudah digalaskan realiti politik kini akan lebih berwarna-warni didalam pilihanraya ke-13. Perlu diingati bahawa populasi generasi muda mendominasi pengundi di seluruh Negara. Semuanya izin Tuhan jikalau dipanjangkan umur kita akan melalui perkara ini bersama-sama. Sejurus saja keputusan pilihanraya diketahui beberapa pemikir-pemikir politik veteran dan golongan muda mengutarakan pandangan masing-masing, ada yang mencadangkan sistem dua parti seperti di Amerika Syarikat. Suatu ketika dahulu Tun Dr Mahathir menolak perkara ini, beliau menyatakan. semua kaum masih ingin memperjuangkan hak kaum masing-masing oleh itu sistem dua parti ini belum relevan untuk dilaksanakan di Negara ini. Tetapi mungkin di masa yang akan datang perkara seperti apa yang berlaku di Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang yang mulanya tidak mempunyai kesepakatan yang jelas di kalangan parti-parti politik sebelum pilihanraya dan sesudah keputusan diketahui kesepakatan dikalangan pemenangnya begitu mudah digarap untuk membentuk sesebuah kerajana baru. Mustahil kah bahawa di masa akan datang perhitungan dan permuafakatan akan dicatur mengikut keperluan-keperluan negeri.
FORMULA ALTERNATIF
Jikalau kita singkap kegerhanaan politik yang melanda Negara pada masa kini apakah tidak ada juadah politik yang sesuai. Apakah betul dan mustahil bahawa sesuatu kerajaan campuranyang lebih besar daripada BN boleh dibentuk yang akan dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR. Apakah ini tidak boleh dicapai jikalau ini boleh terjadi apakah ia akan menguntungkan Negara ataupun senario yang ada pada masa ini lebih baik daripada yang sudah. Penulis merasakan bahawa BN masih boleh diperbaiki dan terus relevan sekiranya pemimpin-pemimpin ilkhlas melakukan satu 'political will' berpaksikan kepada kemahuan rakyat yang sebenar di kesemua negeri dan wilayah serta tidakmengemudikanplitikNegera ini dengan hanya rajin mendengar tetapi buta hati menyelesaikan permasalahan sebenar. Justeru itu pendemokrasian Negara ini akan terus mantap. Biarlah demokrasi di Negara ini terus diisi dengan aspirasi generasi baru dan jangan sampai demokrasi Negara ini dilanda sehingga menjadi "democrazy".